Sunday, January 11, 2009

perkembangan emosi kanak- kanak

Pengenalan.


Emosi merupakan ransangan yang menghasilkan perubahan fisiologi (darah, jantung, otot), tingkahlaku (ekspresi muka, pergerakan) dan kognitif (takrif emosi sendiri).


Emosi sukar difahami. Kefahaman tentang diri dan persekitaran kanak- kanak perlu dibina. Emosi adalah berbeza mengikut individu. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh kanak- kanak mungkin tidak sama dengan emosi sebenar yang mereka alami. Perlakuan mereka bermatlamat sesuatu.


Bahagian Otak yang dikaitkan dengan emosi adalah seperti berikut:




Sebelum kita pergi kepada emosi yang kebanyakan akan dialami oleh kanak- kanak, kita akan lihat terlebih dahulu emosi yang dialami pada peringkat bayi.




(A) Peringkat Bayi


Mari kita lihat satu persatu emosi yang dialami oleh kanak- kanak semasa meraka masih bayi:


1. Perasaan Takut dan Bimbang




a. Berkait dengan kematangan seseorang bayi. Hubungan yang terhasil dengan persekitaran mendedahkan bayi kepada perasaan takut. Jenis serta bentuknya akan berubah-ubah.

b. Bayi akan kurang takut kepada orang asing tetapi akan lebih takut kepada mahkluk- makhluk tertentu.


c. Kanak- kanak memerlukan panduan untuk mengatasi perasaan takut ini. Kebimbangan adalah perasaan dalaman pada satu keadaan bahaya yang subjektif. Contohnya reaksi emosi terhadap orang asing serta perpisahan daripada penjaga.

2. Menangis

a. Bayi kuat menagis dan ia melibatkan seluruh ekspresi badan hingga menjadi letih dan tegang. Kebolehan menenang, memujuk dan pemberian stimuli atau rangsangan yang berterusan akan mempengaruhi panjang serta tahap tangisan tersebut.

b. Pada peringkat umur setahun , kadar serta tahap akan berkurangan dan menjadi tidak kerap. Sumber yang membuat bayi menangis ialah situasi seperti berjauhan daripada ibu, situasi asing dan menakutkan, sakit dan kecewa apabila tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu

3. Konsep Perapatan

a. Konsep ini berkait rapat dengan perkembangan emosi bayi. Ia merupakan hubungan rapat antara bayi dengan ibunya atau penjaga. Ia akan menghasilkan kasih sayang dan hubungan yang kukuh serta akan bertambah erat.

b. Konsep ini akan bawa kepada kesan dalam pembentukan kepercayaan dan keselamatan.

c. Selain itu juga, juga pengaruhi perkembangan sosial bayi. Perapatan awal membina perasaan and tingkah laku yang berasaskan kepercayaan dan keselamatan. Jika tidak, ia akan timbulkan perasaan bimbang dan pergolakan dalaman

d. Petunjuk kewujudan konsep perapatan iaitu ingin mengekalkan konteks dengan penjaga dan gerakbalas senyuman bayi adalah antara sebab jelas proses perkembangan tingkahlaku perapatan.Pandangan teori adalah berbeza antara keempat- empat teori dibawah:
–Teori pembelajaran
–Teori perkembangan kognitif
–Teori Ethologi
–Teori psikoanalitik


4.Ketawa dan lawak (humor)

a. Dikaitkan dengan konsep perapatan. Situasi unik seperti gerakan objek menarik serta suara orang yg dikenal boleh hasilkan senyuman.

b. Interaksi dgn orang dewasa menghasilkan senyuman dan ketawa. Contohnya senyuman bayi menimbulkan senyuman ibu. Begitu juga sebaliknya.


c. Ketawa dikaitkan dengan kegelian dan perasaan selesa. Humor juga berkembang dengan baik apabila tahap kognitif mereka semakin matang.


5. Marah dan tingkahlaku agresif




a. Berlaku apabila kehendak tidak dipenuhi. Juga reaksi bayi terhadap perpisahannya daripada ibubapanya.

b. Jadi lebih kerap apabila perhubungan sosial bayi meningkat. Keadaan marah yang berpanjangan boleh mengakibatkan keletihan, dan kesakitan.


(B) Peringkat Awal Kanak- Kanak


Semasa peringkat ini, kesedaran kognitif kanak- kanak akan meningkat. Kanak- kanak memahami persekitaran secara baru dan berlainan daripada kebiasaan. Contohnyah kanak- kanak prasekolah bertangungjawab di atas imiginasi takut mereka.

Peningkatan kognitif juga membolehkan kanak- kanak lebih peka kepada situasi yang dapat menimbulkan emosi dan yang membolehkan mereka menzahirkan tahap perasaan mereka.


Penglibatan kanak- kanak dengan tadika dan rakan sebaya mampu meluaskan pengetahuan dan kemahiran kanak- kanak dalam aspek perkembangan emosi mereka.


Dikenalpasti bahawa kanak- kanak daripada keluarga berpecah gagal mengenal perasaan rakan sebaya dengan tepat. Pengadilan mereka lebih berasaskan kepada faktor kemarahan daripada faktor kegembiraan.

Antara perasaan yang wujud diawal perkembangan kanak- kanak ialah perasaan takut dan marah.


1. Perasaan Takut


Ia mengambarkan peningkatan imiginasi yang memberi kesan kepada ekspresi emosi mereka. Kanak- kanak masih tidak kenal dan memahami banyak objek dan peristiwa - iaitu tentang tokok-tambah sesuatu perkara itu. Contohnya: takutkan hantu: tidak akan masuk sebarang bilik gelap.


Kajian menunjukkan bahawa kanak- kanak perempuan lebih cepat takut. Tetapi lelaki ada lebih banyak jenis takut. Selain itu sosioekonomi (SES) yang tinggi ada lebih banyak takut. Manakala SES rendah lebih takut kepada supernatural. Impak yang wujud daripada menonton televisyen lebih kuat kepada kanak- kanak prasekolah kerana ceritanya sering menakutkan penontonnya


2. Perasaan marah dan agresif


Emosi ini akan berubah mengikut usia. Kemarahan melampau dan fizikal seperti menendang dan memukul berkurangan pada usia 2 tahun. Tetapi sifat marah akan terus wujud


Perlakuan mengugut dan marah (insulting) akan meningkat. Jumlah dan tahap kemarahan dan keagresifan lebih stabil dan kaedahnya berubah dan pelbagai.



2 jenis perlakuan agresif.


a. Agresif instrumental- dilakukan untuk mendapatkan satu objek, kawasan atau keistimewaan. b. Agresif Hostile - pula diarahkan kepada individu lain dengan niat menyakitkan individu tersebut.


Antara faktor penyebab emosi ini adalah seperti dibawah


(i) kemarahan dan perlakuan agresif dijangka dari lelaki


(ii) Pengaruh persekitaran rumah. (konsep modeling Bandura: kesan peniruan dan peneguhan) atas perlakuan agresif


(iii) Pengaruh rakan sebaya dan media massa. Ini tunjukkan adanya hubungan proses sosialisasi dan ekspresi emosi.




(C)Peringkat Pertengahan Kanak-Kanak



Kematangan emosi wujud. Berubah dari keadaan tidak menentu kepada sifat berdikari dan effisen kendiri. Juga timbul emosi yang flexible. Emosi jadi lebih spesifik, pelbagai dan kompleks.

Keluarkan banyak jenis perasaan. Kanak- kanak mula belajar keadaan dan masa yang sesuai untuk mengeluarkan atau sembunyi perasaannya.
Kawalan emosi ini gambarkan keadaan perkembangan kognitif kanak- kanak tersebut.


Antara emosi yang wujud semasa peringkat pertengahan kanak- kanak adalah seperti:

1. Ketakutan dan kebimbangan

Kadar takut tentang keselamatan badan (cth: sakit), binatang, bising, kegelapan, dan ribut berkurang. Takut kepada semangat seperti hantu masih tinggi. Takut jenis baru seperti yang berkait dengan sekolah (cth: ujian) dan keluarga timbul. Ia bersesuaian dengan meningkatnya sempadan sosial. Kanak- kanak juga bimbang penilaian atas dirinya.

Takut di tertawa, disisih & tak disokong oleh rakan, ibubapa, guru meningkat. Takut ibubapa meninggal.


2. Kemarahan dan Perlakuan agresif

Marah ditonjolkan dalam bentuk fizikal (cth: tendang, tolak dan pukul) adalah biasa. Kanak-kanak juga belajar marah boleh disalurkan cara lain seperti lisan – kutuk, tengking & sumpah dan ekspresi yang pasif seperti tunjing jari dan menjeling dengan marah.

Sebelum bertindak agresif kanak- kanak perlu “memikirkan” tentang niat dan motif orang lain. Ini sukar dilakukan oleh kanak- kanak yang kecil.

3. Kegembiraan dan Humor (lawak)

Disebabkan oleh perasaan diterima, kepuasan berjaya melakukan sesuatu, kepuasan memenuhi perasaan ingin tahu, kewujudan kemahiran baru, penguasaan persekitaran baru (cth: sekolah rendah), bersama rakan dan orang yang disayangi, dapat hadiah, serta cabaran membuat sesuatu yang baru.

Humor/lawak juga berkait dgn kegembiraan. Kanak- kanak suka mendengar lawak. Meraka
mempunyai kebolehan kognitif untuk memahami ciri-ciri lawak yang tinggi


4. Perasaan sayang

Perasaan sayang adalah abstrak dan memerlukan kematangan kognitif. Kanak- kanak pelajarinya awal - perasaan manja dan rapat dengan ibubapa.

Perasaan ini membentuk perasaan harga diri dan penerimaan. Kanak- kanak yang mengalaminya melihat diri mereka sebagai subjek yang penting untuk disayangi oleh orang lain. Penerima akan mudah menunjukkannya kapada orang lain





0 comments:

Post a Comment